Thursday 4 December 2014

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00

Cik Iman bukan sengaja nak buat blog baru nie tapi terpaksa sebab blog Cik Iman yang lagi satu buat masalah pulak. Kuota follow blog dah penuh, nak unfollow lak tak keluar langsung list blog yang Cik Iman follow. Geram sangat, Cik Iman terus buat blog baru semata-mata nak join giveaway nie ahahah; Hadiah mengancam woo, sape tanak join kan?


Tapi Cik Iman akan sambungkan blog nie dengan blog utama Cik Iman ye. 

--------------------------------

Semua ibu-ibu bapak-bapak atok-atok nenek-nenek jiran-jiran sedara mara tahu betapa pentingnya susu badan ibu nie untuk bayi terutamanya 6 bulan pertama dia hidup di bumi nie. Sistem imun anak-anak yang minum susu ibu nie pun terbukti lebih baik dari anak-anak yang minum susu formula. Tapi kadang-kadang datang dugaan yang tak disangka macam anak tak mau directfeed, ibu dah kena pisah dengan anak demi nak mencari rezeki yang halal untuk keluarga dan macam-macam lagi sebab kenapa perlunya susu diperah. 

Dan di sini la pentingnya breast pump untuk ibu-ibu pada zaman sekarang. Kita dah ada kemudahan untuk menyenangkan ibu-ibu untuk boleh beri susu badan kepada anak walaupun diorang pegi keje. Breast pump bukan sahaja untuk ibu-ibu nak buat bekalan susu badan, tapi juga sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak adakan semula susu selepas anak diberikan susu formula. 

Tak leh dinafikan kadang-kadang ada juga ibu-ibu yang tersasar sikit dalam penyusuan anak ini tapi tak bermakna ibu tak boleh berpatah balik kepada breastfeeding. Cik Iman sendiri bagi susu formula kat anak atas kejahilan Cik Iman sendiri dan dengan bantuan breast pump, sikit demi sikit, dapat membantu memeriahkan lagi susu badan untuk anak Cik Iman yang tersayang. Alhamdullillah dapat juga bagi susu kat Iman Jr lepas terbabas banyak kali. 

Mana ada ibu yang sempurna, percaya la. 

Dengan kesedaran betapa pentingnya susu badan nie, vitaminhouz dan honeyonnee telah mengadakan sebuah giveaway khas untuk ibu-ibu yang berazam untuk menyusukan anak-anak mereka paling minima pun 6 bulan. Tapi kalau dapat 2 tahun tu alhamdullillah la kan. Tapi kalau sebab join giveaway nie sebab minat tengok breast pump pun apa salahnya kan. 


Cantek menarek tertarek tak, ibu-ibu? Tergoda tak tengok hadiah menawan nie? Mestinya la, tipu ibu-ibu semua tak nak semua nie kan? Kan? Kan?


Grand prize dia best giler, sebuah breast pump single elektrik jenama Autumnz tu. Sape tak nak breast pump orang bagi free, ibu-ibu oiii. Sambar la peluang tu. Kalau dah ada breast pump nie sure semangat nak menyusukan anak. Percaya la. 


Hadiah ke-dua dia pun tak kurang mengancamnya. Mencakar pun ada. Cooler bag dengan botol susu tu. Takkan dah perah susu nak letak sepah-sepah lak. Kena la letak kat tempat yang sesuai kan. Macam botol Autumnz nie. Pastu cooler bag tu untuk simpan botol susu dan bawa ke mana-mana sahaja. Sesuai untuk bawa ke tempat keje kalau malas nak letak dalam peti sejuk ataupun memang tak de peti sejuk langsung. Mana tahu kan?


Kalau tak dapat botol pun, plastic bag tu pun okay gak. Jimat space dalam peti sejuk nak letak tepi ayamnya, ikannya, sayurnya, ice-creamnya etc kan.


Kalau tak dapat cooler bag yang leh jadi bagpack tu pun, yang jenis tote pun cute gak. Mesti orang tak sangka kita simpan botol susu dalam tu kan. 


Botol susu Autumnz nie tersangat la cute sebab ada banyak design dan warna yang teramatlah menarik. Bukan setakat baby suka, maknya kadang-kadang terlebih suka pulak. 


Paling koman pun korang akan dapat plastic bag jenama Autumnz nie. Jangan main-main, jenama Autumnz nie antara yang plastic bag yang terbaik di pasaran sebab plastiknya lebih tebal dari jenama lain. Tak de la takut kot-kot terkoyak ke apa kan? 

So apa lagi? Jom la join giveaway nie. Mesti ibu-ibu kat luar sana nak menang breast pump tu kan. Jom la join!

--------------------------------------